Perkembangan terkini kes pengabaian anak istimewa Bella hari ini mendapat tumpuan penuh apabila dilaporkan kesemua 10 peguam yang mewakili Orang Kena Tuduh (OKT) Siti Bainun telah menarik diri.
Perkara tersebut dimaklumkan Mona Din selaku wakil NGO yang menggerakan kes ini ke muka pengadilan di laman Facebook miliknya.
Dalam beberapa hantaran yang dibuat Mona, 10 peguam itu memberi alasan ‘tidak berkelapangan’ untuk meneruskan pembelaan terhadap Siti Bainun yang merupakan pengasas Rumah Bonda.
Ketua Peguam Pembelaan yang mengadili prosiding di mahkamah pada hari ini juga meluahkan rasa kurang senang dan kecewa kerana tidak dimaklumkan awal mengenai perkara itu berikutan telah mengganggu kes-kes yang lain selain menafikan hak OKT untuk membela diri.
Hakim juga telah menegur sikap peguam-peguam yang menarik diri itu kerana memberi alasan tidak munasabah dan tidak menghormati proses undang-undang. – JURNAL