Dua pelajar perempuan hilang selepas perahu tambang yang dinaikinya bersama 14 pelajar lain karam ketika menyeberangi Sungai Kayan di Kampung Selampit, Lundu, awal pagi tadi.
Kejadian berlaku pada jam 6.10 pagi, dan pihak berkuasa menerima laporan mengenai insiden tersebut pada jam 6.33 pagi.
Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu segera dikerahkan ke lokasi kejadian.
Dalam laporan awal, tiga pelajar dilaporkan hilang.
Namun, penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat berjaya menemui seorang mangsa, Abraham Nyoeng, 16, dalam keadaan selamat.
Ketika ini, anggota bomba dan penduduk kampung masih giat mencari dua lagi pelajar perempuan yang hilang, Alsma Jithil, 14, dan Helena Fasha Petrus, 17. – JURNAL
Sumber: Berita Harian