Pemain pertahanan Sabah, Mohd Rizal Mohd Ghazali mendakwa memiliki banyak bukti berhubung kes dengan taman wanitanya, Hani Farhana Hasrul Sani.
Rizal menerusi laman sosial Instagram (IG) berkata, dia hanya menyerahkan kes tersebut kepada mahkamah dan tidak akan membuka aib kekasihnya itu.
“Jai ada banyak bukti tetapi jai tidak akan membuka aibnya, biarlah mahkamah yang mengadili dan menegakkan keadilan. Aib seseorang itu amanah. #familyfirst”, tulisnya.
Isnin lalun, Rizal, 31, didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan memukul teman wanita dan merosakkan telefon miliknya di sebuah bilik hotel, dua minggu lalu.
Mohd Rizal bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Zhafran Rahim Hamzah.
Mengikut pertuduhan, Mohd Rizal yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan didapati sengaja mendatangkan kecederaan dengan memukul Hani Farhana Hasrul Sani, 37, dan melakukan khianat merosakkan telefon bimbit milik mangsa dengan nilai kerugian RM4,500 di sebuah bilik hotel pada 7 Jun lalu.
Pendakwaan mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan masing-masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun, denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya dan penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. – JURNAL