Gara-gara video tular di dalam bilik persalinan yang memaparkan aksi tidak senonoh daripada rakaman kamera tersembunyi, netizen dikejutkan lagi dengan beberapa lagi aksi menjijikkan daripada pasangan berbeza.
Beberapa rakaman memaparkan beberapa pasangan melakukan perbuatan kelucahan melampau dan menerusi video tersebut, kemungkinan semua aksi berlaku di bilik persalinan butik yang sama, di sebuah pusat beli-belah ibu negara.
Difahamkan kesemua video rakaman tersebut yang tular di media sosial sejak Selasa lalu dijual kepada orang awam di sebuah aplikasi dan turut dipromosi secara meluas di akaun media sosial.
Bagaimanapun menurut laporan media, polis telah memulakan siasatan berkenaan satu video tular, namun tidak pasti samada siasatan dijalankan terhadap kesemuanya.
Menerusi ruangan komen di platform media sosial, tinjauan JURNAL mendapati kebanyakan pelayar meluahkan rasa terkejut kerana pendedahan tersebut secara tidak langsung menunjukkan ramai yang berani melakukan perbuatan tidak bermoral di dalam bilik persalinan.
Dalam masa yang sama mereka juga kecewa kerana pelanggan lain yang datang untuk mencuba pakaian tidak semena-mena menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab yang meletakkan kamera tersembunyi di situ.
“Memang betul salah pasang hidden camera dalam bilik persalinan, tapi kalau tak kerana itu kita tak tahu yang ramai manusia sanggup berkelakuan macam haiwan, tak ada rasa malu!”, getus seorang pelayar.
“Teruknya, kejatuhan moral sedang berlaku dan hari ini kita semua nampak. Apa pun letak hidden camera memang salah, thanks but not thanks,” tulis seorang lagi.
“Ramai rupanya yang buat keja tak senonoh dalam changing room! Apa nak jadi? Oh Malaysiaku dah macam Hollywood!,” komen pelayar lain.
Setakat ini laporan media menulis, kes berkenaan sedang disiasat polis di bawah bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya telah menerima laporan polis mengenai penularan video itu pukul 4.38 petang pada Isnin lepas.
“Laporan dibuat oleh seorang pengurus kawalan keselamatan sebuah premis di Jalan Imbi namun siasatan dan pemeriksaan mendapati kejadian itu bukan berlaku di sana.
“Siasatan awal sedang dijalankan bagi mengenal pasti tarikh dan lokasi kejadian tersebut,” katanya dalam sebuah kenyataan. – JURNAL