Trump dan 18 tertuduh lain termasuk bekas Ketua Kakitangan White House, Mark Meadows, dan bekas Datuk Bandar New York, Rudy Giuliani telah didakwa di bawah undang-undang anti-cetak rompak yang biasanya dikaitkan dengan jenayah berkumpulan dan terancang.
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tiba di Atlanta, Georgia pada Khamis dan dibawa ke Penjara Fulton County untuk menyerah diri atas lebih 12 pertuduhan berkaitan dakwaan cubaan membatalkan keputusan pilihan raya Georgia 2020.
Ini adalah kes jenayah keempat Trump tahun ini sejak Mac, termasuk dakwaan rasuah, penyimpanan dokumen sulit negara secara haram dan penglibatan dalam serangan maut ke atas Kapitol AS.
Mereka didakwa atas tuduhan rancangan menjejaskan keputusan pilihan raya Georgia, yang berpihak kepada Joe Biden pada 2020.
Bagaimanapun, Trump telah berulang kali menafikan sebarang salah laku.
Proses pendakwaan dijangka berjalan lancar kerana Trump dan peguamnya telah membuat rundingan perjanjian bon sebelum Khamis.
Trump bersetuju menerima bon persetujuan AS$200,000 berserta syarat pelucutan lain, termasuk larangan menggunakan media sosial atas tujuan mengkritik rakan sekutu atau saksi yang TERLI dalam kes itu. – JURNAL
Sumber: ASTRO AWANI