Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 22 tahun terhadap Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down, dikenali sebagai Bella.
BACA: Mahkamah Putuskan Siti Bainun Bersalah Mengabai Dan Menganiaya Bella
Hakim Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi kesalahan mengabai dan 12 tahun penjara untuk pertuduhan menganiaya, namun Siti Bainun hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun, selepas hukuman itu diperintah berjalan secara serentak, bermula hari ini.
Siti Bainun, yang hadir ke kompleks mahkamah pada kira-kira 8.27 pagi dengan ditemani seorang wanita juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara. – JURNAL
Sumber: BERNAMA