Seorang lelaki didakwa tergamak membunuh isterinya dengan mengupah anak saudara dan adik iparnya, gara-gara mahu membolot harta isteri pertama.
Berdasarkan maklumat, lelaki tersebut berkahwin tiga dan mangsa yang dikenali sebagai Jumiati merupakan isteri pertamanya.
BACA: Tukang Rumah Hentak Kepala Isteri Dengan Tukul Besi Hingga Maut Berdepan Hukuman Mati
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Mamuju Tengah, Jakarta, Indonesia, Iptu Fredy berkata, lelaki terbabit telah membayar RM453 (1.5 juta Rupiah) kepada anak saudaranya untuk melakukan pembunuhan itu.
Mereka telah bertemu untuk merancang pembunuhan itu dua hari sebelum pembunuhan itu terjadi.
BACA: Ditolak Suami Durjana Dari Tebing Tinggi, Isteri Malang Berjalan Semula Selepas 4 Tahun
Kemudian anak saudaranya yang menetap di Kabupaten Bone dibawa oleh adik ipar dari isteri keduanya yang juga telah diupah sebanyak RM151 (500,000 Rupiah) untuk ke perkampungan isteri pertamanya pada 25 April lalu.
Pada petang hari yang sama, wanita berusia 38 tahun itu ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di tepi jalan.
Pada awalnya penduduk kampung menyangka mangsa terlibat dalam kemalangan semasa membawanya ke pusat kesihatan. Namun, Jumiati disahkan maut akibat kesan tikaman pisau sebanyak lima kali.
Dalam pada itu, Ketua Polis Mamaju Tengah, Amri Yudhy menjelaskan bahawa suspek melakukan pembunuhan itu kerana mahu mengaut harta isterinya yang memiliki ladang kelapa sawit dan ladang lembu.
BACA: Sebaik Pulang Dari Kerja, Anggota Polis Tembak Kepala Isteri Dengan Lima Das Tembakan
Ketiga-tiga suspek akan didakwa di bawah Kanun Jenayah dan jika disabitkan kesalahan mereka bakal berdepan dengan hukuman mati. – JURNAL
Sumber: KOMPAS