Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES), Jasni Md Kechik, mencadangkan pihak sekolah memberi kelonggaran kepada murid yang tidak terlibat cuti lanjutan.
Antaranya kata Jasni, pihak sekolah boleh melonggarkan sedikit syarat pemakaian baju sekolah untuk keselesaan pelajar.
“Elakkan pemakaian tali leher atau ‘jaket’ dalam kalangan pelajar untuk keselesaan mereka.
“Selain itu, guru juga perlu mengingatkan pelajar sentiasa minum air dan mengamalkan amalan kesihatan yang perlu bagi mengelak serangan strok haba.
“Ibu bapa juga perlu memainkan peranan mereka dengan memantau tahap kesihatan anak dan bertindak segera sekiranya terdapat simptom strok haba pada anak masing-masing,” katanya.
Terdahulu Kongres mencadangkan kerajaan memberikan lanjutan cuti persekolahan bersasar hanya kepada negeri yang terkesan dengan cuaca panas melampau. – JURNAL