Cristiano Ronaldo meledak dua gol dalam aksi Liga Pro Saudi kelmarin untuk muncul penjaring terbanyak dunia tahun ini dengan keseluruhan 53 jaringan.
“Kapten Al Nassr, Cristiano Ronaldo menjadi penjaring terbanyak 2023 selepas mengumpul 53 gol ketika menentang Al-Ittihad.
“Dia mengatasi Kylian Mbappe dan Harry Kane yang masing-masing menjaringkan 52 gol,” menurut Al-Ittihad di X, seperti dilaporkan Agensi Anadolu.
Bintang Bayern Munich Kane dan bintang Paris Saint-Germain Mbappe mengumpul 52 gol manakala Erling Haaland yang beraksi dengan Manchester City meledak 50 jaringan.
Dengan Bayern Munich atau PSG tidak beraksi sehingga tahun baru bermakna kedua-dua pemain itu tidak dapat mengejar Ronaldo manakala Haaland dijangka terus tersisih baki dua perlawanan City susulan masih dalam proses pemulihan kecederaan kaki. – JURNAL
Sumber: HARIAN METRO