Memasuki tahun kedua perkahwinannya dilanda badai semenjak suaminya, Rosland Othman mengamalkan poligami, Adibah Abdul Mutalib baru-baru ini hadir ke mahkamah demi mencari jalan penyelesaian.
Bukan setakat nombor telefonnya disekat dan tidak diberikan nafkah selama dua tahun, kini anak mereka yang dikenali sebagai Anisa turut ‘diculik’ pihak suaminya pada 12 Februari lalu.
Ketika anak sulung, Nur Izzah cuma menghubunginya untuk bertanyakan tentang perkara itu, telefonnya juga menjadi mangsa sekatan.
Jumaat lalu, Adibah hadir ke sebuah pusat perubatan untuk melawat Anisa yang dikhabarkan tidak sihat.
Akan tetapi, hasratnya tidak kesampaian kerana telah dihalang oleh suami dan emak Miera.
Dakwa Rosland kepada isteri pertamanya itu, Anisa sendiri yang enggan menemuinya.
Sedangkan dari celahan pintu Adibah dapat melihat Anisa sedang dipangku ibu mentua suaminya sambil bergurau mesra.
not only my mom kena block by my dad, yours truly pun kena block gak 😀✌🏻long story short, my dad took my lil sister on the 12/2 without notifying my mom. it’s been 23 days since we last saw my sister. recently my sis was warded & my mom was denied entry to see her by my dad pic.twitter.com/w09xYUtRXn
— eat lives breath tempe (@izzahrosland) March 5, 2023
Ternyata, tindakan suami dan keluarga Miera yang berada di hospital ketika itu benar-benar merencatkan niatnya yang ingin melepas rindu bertemu anak keempat daripada enam beradik terbabit.
Perkara sama turut diluahkan Izzah yang kini sudah memasuk hari ke 25 tidak bertemu dengan adiknya.
Sebelum ini, Izzah juga dedahkan bapanya mula berubah sejak berkahwin dengan artis berkenaan. – JURNAL