Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini mengumumkan inisiatif baharu membabitkan pembaharuan lesen memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh maksima sehingga 10 tahun berbanding lima tahun dengan kadar fi pembaharuan istimewa.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, mana-mana pemegang LMM yang memperbaharuinya untuk tempoh 10 tahun hanya akan dikenakan bayaran RM270 berbanding di kadar semasa iaitu RM30 bagi tempoh setahun.
“Bagi orang ramai yang berminat, mereka hendaklah memastikan baki tempoh sah laku LMM semasa adalah tidak melebihi satu tahun dan orang ramai juga akan dibenarkan memperbaharui LMM antara satu sehingga 10 tahun mengikut pilihan masing-masing, tertakluk kepada had maksima 10 tahun.
“Namun, hanya pembaharuan 10 tahun sekaligus sahaja akan menikmati keistimewaan fi percuma untuk tahun kesepuluh,” katanya. –
Sumber: KOSMO! ONLINE