Jenama ARMAAN dibangunkan oleh pemiliknya, Encik Mohd Hafizi Musafar Shah di Jitra, Kedah. Bermula dengan perniagaan butik pengantin, segala-galanya berubah apabila beliau cuba menjual kurta yang dijahit sendiri secara kecil-kecilan pada 2014.
Melihat kepada sambutan hangat daripada orang ramai, Hafizi yang kini berusia 32 tahun akhirnya nekad serius menghasilkan pakaian lelaki untuk Hari Raya pada 2015 dengan mengunakan jenama ARMAAN.
Keunikkan jenama ARMAAN terletak pada kualiti pakaian yang dihasilkan. Tidak hanya fabrik yang terbaik, tetapi juga kekemasan jahitannya menyebabkan jenama ini menjadi pilihan pelanggan dan berkembang dengan cukup pantas.
“Saya bermula sekadar ingin mencuba pada 2014. Saya jahit sendiri kurta dan jual di bazar raya. Tidak disangka percubaan itu membuahkan hasil. Hari pertama di bazar kurta saya habis terjual, saya jahit dan jual lagi tetap habis dibeli pelanggan.
“Sambutan hangat itu yang membuka mata saya bahawa, pakaian lelaki mempunyai pasaran yang cukup luas terutama pada musim perayaan Hari Raya. Sejak, itu saya mula serius untuk membangunkan jenama ARMAAN sehingga ke hari ini,” ujarnya.
Setelah lapan tahun berada di pasaran, akhirnya jenama ARMAAN buat julung kalinya melantik penyanyi rap terkenal MK K-Clique sebagai duta untuk koleksi Baju Melayu Premium sempena kempen JOM BELI BAJU RAYA DENGAN ARMAAN.
Menurut Hafizi, pihaknya memilih untuk bekerjasama dengan MK K-Clique kerana ingin memperkenalkan jenama ARMAAN secara lebih meluas selain kolompok penggemar jenama ARMAAN dan peminat MK adalah sama.
“Ini kali pertama pihak ARMAAN cuba bekerjasama dengan selebriti terkenal seperti MK K-Clique. Selain popular, peminat MK dan juga penggemar jenama ARMAAN berada di kelompok yang sama.
“Sebab itu, pihak kami memilih MK K-Clique kerana dia cukup sesuai dengan jenama ARMAAN. Dia juga berwajah kemelayuan dan kelihatan cukup segak ketika menyarungkan baju Melayu. Ciri-ciri itu yang pihak kami lihat ada pada MK K-Clique,” tutur Hafizi.
MK K-Clique ketika disoal mengapa bersetuju untuk bekerjasama dengan jenama ARMAAN, jelasnya, dia melihat keikhlasan pemiliknya yang mahu menghasilkan pakaian berkualiti selain yakin bahawa jenama ini mampu pergi jauh pada masa depan.v
“Saya berbesar hati untuk sama-sama terlibat dalam kempen raya ARMAAN pada tahun ini. Saya berharap dengan penglibatan saya mampu membuat jenama ini lebih dikenali ramai. Niat saya adalah mahu membantu lebih ramai usahawan kecil menjadi lebih besar.
“Memang sebelum ini saya ada menerima tawaran daripada jenama yang lebih besar, tetapi apa yang saya suka tentang ARMAAN adalah mereka bermula dari bawah dan melakukan semuanya sendiri. Mereka sangat ikhlas dalam berniaga, itu yang sangat penting.
“Biarpun jenama mereka baru sahaja hendak meningkat naik, saya sangat yakin dengan momentum yang mereka ada sekarang ini, ARMAAN akan menjadi sebuah jenama yang besar pada masa depan,” ujar MK K-Clique.
Apa yang lebih menarik, sempena kempen JOM BELI BAJU RAYA DENGAN ARMAAN setiap pembelian layak mendapat penyertaan cabutan bertuah. Pembeli awal akan layak mendapat 5 kupon. Pemenang cabutan bertuah berpeluang memenangi sebuah kereta Perodua Bezza, motosikal Yamaha NVX dan iPhone 14.
Sementara itu, 30 pemenang bertuah juga berpeluang untuk bertemu MK K-Clique dalam sesi MEET & GREET.
Bagi koleksi tahun ini ARMAAN muncul dengan Baju Melayu Premium, Baju Melayu Exclusive, Kurta Moden, Kurta Klasik dan Baju Kanak-Kanak yang berharga dari RM79 sehingga RM189.
Selain boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman web, www.armaan.com.my, koleksi baju raya ARMAAN juga boleh didapati di booth-booth sekitar Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak.