Baru berusia 16 tahun, seorang pelajar wanita keluar dari sebuah kereta yang terlibat nahas jalan raya dalam keadaan bogel tanpa seurat benang.
Kejadian di bandar Jambi, Indonesia itu berlaku pada pukul 9 malam, Jumaat lepas apabila kereta terbabit yang dipandu laju hilang kawalan lalu melanggar tiang papan iklan dan sebuah kenderaan lain.
Pemilik kenderaan yang dilanggar suspek berkata, dia melihat seorang penumpang wanita tanpa seurat benang keluar dari kereta yang melanggarnya sebelum dibawa ke hospital.
“Ya, dia tidak pakai baju dan seluar. Bahkan dia ambil kain sarung saya untuk tutup tubuhnya saat masuk ke hospital,” katanya.
Dalam pada itu, ketua polis Jambi, Eko Wahyudi menyatakan bahawa kereta tersebut dipandu seorang pelajar lelaki juga berusia 16 tahun dipercayai kekasih wanita berkenaan.
Katanya, polis telah melakukan ujian air kencing ke atas mereka dan keputusan mendapati kedua-duanya bebas daripada pengaruh dadah mahupun alkohol. – JURNAL