Hari ini kecoh di media sosial mengenai kes perkelahian antara dua isteri bekas pemain bola sepak negara di sebuah restoran di Shah Alam akibat salah faham.
BACA: Akibat Salah Faham, Dua Madu Bekas Bintang Bola Sepak Legenda Negara Berkelahi Di Restoran
Terkini, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, punca sebenar pergaduhan itu berlaku kerana isteri pertama berang setelah disindir madunya dalam satu program rancangan realiti televisyen.
“Siasatan mendapati, isteri pertama terasa hati dengan kenyataan dikeluarkan madunya yang juga seorang penyanyi menerusi sebuah rancangan realiti televisyen,” katanya.
Selain itu, wanita terbabit juga mengakui, dia marah kerana perkahwinan kedua suaminya dengan penyanyi berkenaan dilangsungkan tanpa pengetahuannya.
Sementara itu menurut pengadu, berlaku adegan tarik-menarik rambut dalam insiden tersebut dan suami kedua-dua wanita yang juga jurulatih bola sepak turut berada di lokasi kejadian. – JURNAL