Belanjawan 2023 yang dijadual dibentangkan pada 24 Februari ini, dilihat bakal membabitkan pengambilan tindakan lebih radikal.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, melalui belanjawan itu, beliau bersama pasukan di Kementerian Kewangan cuba mendepani beberapa masalah dengan berani.
Perdana Menteri menegaskan, pendekatan itu perlu kerana negara banyak ketinggalan dari segi pelaksanaan dasar membabitkan ekonomi.
“Banyak hal kita ketinggalan. Hampir setiap hari saya ada kumpulan perbincangan…. umpamanya dalam soal daya saing, kecepatan, kepesatan kelulusan perniagaan, soal beberapa inisiatif baharu seperti digitalisasi, serta beberapa tindakan bagi memastikan keluaran sumber asli melalui proses hiliran.
“Itu semua kita ketinggalan dari Indonesia, Vietnam. Hal ini mesti kita depani untuk memastikan kita mampu dan berdaya saing,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Bangunan Perbendaharaan, di Putrajaya, hari ini. – JURNAL
Sumber: BH ONLINE