Kerajaan hari ini mengumumkan Belanjawan 2023 melibatkan peruntukan sebanyak RM388.1 bilion yang mana merupakan terbesar dalam sejarah negara.
Belanjawan 2023 difahamkan meliputi 12 ikhtiar merangkumi pelbagai aspek yang telah dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.
Sebelum ini, pada 7 Oktober 2022, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membentangkan belanjawan sebanyak RM372.3 bilion.
Antara pembentangan yang menjadi perhatian hari ini ialah:
- Kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak. Sebanyak RM350 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan untuk tujuan sama.
- Elaun guru KAFA dinaikkan RM1,000.
- Elaun RM100 sehari buat pasukan SAR ke Turkiye, Syria.
- RM500 dikredit dalam akaun pencarum KWSP simpanan bawah RM10,000. – JURNAL