Gangguan bekalan air tidak berjadual dilaporkan melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur sejak jam 6 pagi tadi. Air Selangor memaklumkan, situasi ini berlaku akibat kerja kecemasan membaiki paip pecah di Hab Pasar Seni.
Kerja pembaikan dijangka siap pada jam 1 pagi esok, manakala bekalan air akan disalurkan secara berperingkat selepas sistem agihan utama distabilkan.
“Kerja pembaikan dijangka selesai pada jam 1 pagi esok. Bekalan air akan disalurkan secara berperingkat selepas sistem agihan utama distabilkan,” menurut kenyataan Air Selangor.
Bekalan dijangka pulih sepenuhnya menjelang jam 1 tengah hari esok, dengan tempoh pemulihan bergantung kepada jarak lokasi dan tekanan air.
Antara kawasan terjejas termasuk Apartmen Putra Ria, Bukit Damansara, Brickfields, Bukit Tunku, Kuala Lumpur City Centre, Damansara Heights, Taman Tunku, dan beberapa kawasan lain.
“Bagi membantu pengguna di premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis, dan juga upacara pengebumian, kami akan menggerakkan lori tangki air sepanjang tempoh gangguan ini,” jelas kenyataan Air Selangor.
Air Selangor juga menyediakan lori tangki air untuk premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis. Pengguna boleh mengikuti perkembangan terkini melalui aplikasi Air Selangor, media sosial, atau menghubungi talian 15300. – JURNAL