Sebuah bas yang membawa imigran dari negara-negara Amerika Latin terbalik di pusat bandar raya Mexico hingga mengorbankan 17 nyawa, semalam.
Menteri Dalam Negeri Puebla, Julio Huerta berkata, kemalangan berlaku di sebatang lebuh raya ketika bas dinaiki 45 penumpang terbabit dalam perjalanan menuju ke utara negeri itu.
“15 orang maut di lokasi termasuk pemandu dan kelindan bas, manakala dua lagi meninggal dunia di hospital.
“Lima daripada 13 mangsa yang sedang dirawat berada dalam keadaan kritikal,” katanya.
Difahamkan, pendatang dari negara jiran sering mengambil laluan berisiko untuk menyeberangi Mexico sebelum tiba di sempadan Amerika Syarikat.
Minggu lalu, puluhan pendatang terbunuh di Panama selepas bas yang mereka naiki terjunam dari tebing dan disifatkan sebagai kemalangan terburuk dalam sejarah negara itu. – JURNAL