Jersi yang dipakai bintang Argentina Lionel Messi pada perlawanan Piala Dunia 2022 di Qatar boleh dikatakan ‘laku keras’ selepas terjual pada harga $7.8 juta (RM36.44 juta) dalam satu lelongan baru-baru ini.
Menurut rumah lelong Sotheby’s memaklumkan jersi yang dipakai pemain berusia 36 tahun itu mendapat tiga bidaan yang dianggap sebagai pakaian bergaris biru muda dan putih ikonik dipakaiannya pada aksi Piala Dunia bersejarah itu.
” Harga jersi ini memecahkan rekod bagi jualan item yang berkaitan daripada bintang Argentina itu, dan adalah item sukan yang paling berharga yang dijual dalam pelelongan sepanjang tahun ini,” menurut Sotheby’s.
Mengikut rekod, Messi membantu Argentina meraih kemenangan 4-2 menerusi penalti ke atas Perancis di stadium Lusail, Qatar yang berkapasiti 80,000 pada 18 Disember tahun lalu.
“Piala Dunia Fifa 2022 adalah peristiwa terbesar dalam sejarah sukan apabila Messi membuktikan dia adalah pemain terhebat sepanjang zaman.
“Jualan enam baju ini adalah satu peristiwa monumen dalam sejarah pelelongan, menawarkan peminat dan pengumpul koleksi peribadi membabitkan pencapaian tertinggi Messi.
“Adalah suatu kehormatan bagi Sotheby’s untuk menyajikan dan mempamerkan koleksi bernilai ini kepada orang ramai, yang menggambarkan kecemerlangan pemain bola sepak itu,” kata Ketua Koleksi Moden Sotheby’s Brahm Wachter.
Pada awal bulan ini, pemain hebat itu dinobatkan sebagai ‘atlet tahunan’ oleh majalah Times untuk musim ini selepas mempamerkan aksi mengagumkan selain turut menerima anugerah Ballon d’Or untuk kali kelapan.
Messi ketika ini beraksi bersama Inter Miami dalam saingan Major League Soccer selepas berpindah dari Paris Saint-Germain. – JURNAL
Sumber: HARIAN METRO