Ini bukan kali pertama pengadil, Ryuji Sato menjadi dalang di sebalik kekalahan skuad Harimau Malaya, tetapi ia pernah berlaku pada 2018.
Ketika itu Sato yang mengadili perlawanan Piala Dunia Russia 2018 telah menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam ketika menentang Malaysia pada aksi pertembungan berbaki 10 minit di Stadium Al Maktoum, Dubai, sekali gus menyaksikan skuad negara tewas 1-2.
Malam ini, Sato sekali lagi mengundang kemarahan netizen Malaysia apabila menghadiahkan Vietnam sepakan penalti yang penuh kontroversi pada minit ke-60
berikutan pelanggaran melibatkan Azam Azmi Murad dan Doan Van Hau.
Sepakan penalti Doan Van Hau meranapkan peluang Malaysia untuk menamatkan kemarau kemenangan ke atas Vietnam apabila tewas 3-0 di Stadium Kebangsaan My Dinh, sebentar tadi.
Tinjauan JURNAL di laman sosial Facebook Sato mendapati, hantaran yang dibuat pengadil tersebut pada petang semalam telah menjadi medan buat netizen Malaysia melampias kemarahan.
Rata-rata penyokong Harimau Malaya menyatakan rasa tidak puas hati dan menganggap Sato bersikap berat sebelah kerana terlebih dahulu memberi ucapan kemenangan kepada Vietnam.
“Good luck. Vietnam wins! Don’t forget at 19.30 tomorrow 27/12 at My Dinh Stadium. I love you guys,” tulis Sato sambil menyertakan emoji bendera Vietnam.
Selain itu, Sato juga dilihat seperti sengaja menyiram minyak ke dalam api apabila meninggalkan gif seperti penyokong Vietnam Malaysia sedang meraikan kemenangan.
“Pengadil sepatutnya bersikap adil. Terlalu jelas anda menyokong Vietnam sebelum perlawanan bermula. FIFA sepatutnya siasat dia ni,” tulis Muhammad Faisal.
“Pengadil paling teruk di FIFA!,” kata Pena Sabahan.
“Pengadil yang sama, situasi yang sama. Dia dah lama rancang kita yang lalai,” kata Khailrul.
Nama Ryuji Sato juga telah menjadi trending di kebanyakan platform laman sosial Malaysia sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan!
Walaupun kekalahan ini Kekalahan mengecewakan Malaysia namun perjuangan harus diteruskan dalam aksi bertemu Singapura 3 Januari nanti. – JURNAL