Dengan sekali lafaz, atlet penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri sah bergelar isteri kepada pelawak Jiggy Masin, pada Jumaat lalu.
Perkara tersebut disahkan suami Dhabitah, Jiggy kepada media pada hari ini (Ahad).
Tidak berniat menyembunyikan perkahwinan tetapi menurut Jiggy ia dilakukan atas permintaan keluarga.
“Jujurnya, kami tiada niat nak sorok, hanya lebih kepada menjaga amanah keluarga untuk tidak mengumumkan apa-apa selagi hubungan belum sah,” katanya.
Majlis akad nikah Jiggy dan Dhabitah diadakan secara tertutup, dihadiri 150 ahli keluarga sahaja.
Dalam pada itu, Jiggy memohon maaf kepada semua peminat dan rakan media kerana terpaksa merahsiakan hari bahagianya.
Tambah Jiggy dia dan Dhabitah merancang untuk mengadakan majlis resepsi namun belum ada tarikh memandangkan isterinya akan ke China selama sebulan untuk sesi latihan.
“Majlis buat dekat rumah Dhabitah… InsyaAllah resepsi ada tapi masih dalam perbincangan sebab dua-dua sibuk dan Dhabitah pun ada big competition coming including olympic, asian games.
“Dia kena pergi China dalam sebulan untuk sesi latihan. Tapi once ada tarikh, InsyaAllah saya update untuk jemput kawan-kawan media,” katanya.
Untuk info, Jiggy pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara dan pelakon Elly Ariffin pada 9 September 2016 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Januari 2020. – JURNAL