Ariani kembali dengan membawakan koleksi Ariani Layar Raya 2023 bersama rekaan hijab dan busana yang lebih segar dengan paduan warna- warna menarik untuk digayakan di musim lebaran ini.
Meletakkan keselesaan dan eksklusif sebagai elemen utama dalam penghasilan tudung, Ariani mengilhamkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya yang cukup menawan.
Sebanyak lebih 101 rekaan hijab terbaru diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik, moden dan elegan dalam setiap helaian hijab.
Menurut Datin Farah Haryani, Ariani juga mencipta sejarah baru kerana berjaya membuka House of Ariani (HOA), gedung tudung dan butik pakaian muslimah wanita terbesar di Malaysia pada 10 Mac lalu.
Selain itu, Layar Raya turut menampilkan barisan duta terkemuka untuk tahun ini iaitu, Datin Lisa Surihani yang juga merupakan duta Ariani yang baharu, pengacara Uyaina Arshad dan pelakon Bella Dally.
Pada tahun ini juga Ariani tampil dengan kelainan apabila buat pertama kalinya melancarkan sub- brand baru khas kepada kaum adam, iaitu Aryan.
Bermula dari kanak-kanak sehingga golongan dewasa, Aryan adalah pilihan tepat untuk mereka yang inginkan kelainan untuk bergaya di musim lebaran nanti.
Koleksi Aryan juga amat rapat dengan perwatakan lelaki di luar sana yang sukakan imej ringkas dan selesa.
Selain koleksi pakaian, lebih 30 koleksi hijab turut ditampilkan termasuk Ariani Luxe.
Majlis pertunjukan fesyen telah berlangsung di The Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur.
Lebih 800 tetamu telah hadir dan diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat, Datin Seri Fatimah Binti Taha, isteri kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.
Dalam pada itu, Man Kidal, Amir Masdi, Ernie Zakri dan Syamel turut diundang sebagai penyanyi jemputan dalam majlis tersebut.
Kemuncak majlis pada petang itu adalah pertunjukan fesyen dari The Premium Series by Arini RTW khusus untuk pelanggan yang gemarkan rekaan mewah dengan sentuhan eksklusif dan dijual dalam kuantiti yang terhad. – JURNAL