Ketika aplikasi TikTok menghadapi kemungkinan diharamkan di Amerika Syarikat, pengguna media sosial negara itu kini beralih kepada Xiaohongshu atau lebih dikenali sebagai RedNote, yang semakin popular.
TikTok, milik syarikat ByteDance dari China, pernah ditutup sementara pada 20 Januari sebelum Presiden baharu Amerika Syarikat, Donald Trump, mengeluarkan perintah eksekutif menangguhkan pengharaman aplikasi tersebut. Walaupun TikTok kini kembali beroperasi, RedNote pantas memanfaatkan momen tersebut.
RedNote menambah ciri baru untuk memudahkan pengguna menterjemah hantaran dan komen antara Mandarin dan Inggeris. Pada 20 Januari, aplikasi ini menduduki tempat teratas dalam senarai aplikasi paling banyak dimuat turun di Apple.
@richblackguy TikTokers who downloaded RedNote. 🇨🇳 #tiktokban #rednote ♬ original sound – Rich
Setakat Isnin lalu, lebih 32.6 juta hantaran telah dibuat menggunakan hashtag “tiktok refugee,” dengan tontonan mencecah 2.3 bilion kali.
Seorang pengguna aplikasi berkata, “Kami akan terus memuat naik di RedNote walaupun TikTok sudah kembali.”
@rademita cat tax paid ✔️. #rednote ♬ original sound – Rachel DeMita
RedNote diusahakan oleh Xingyin Information Technology, sebuah syarikat milik dua jutawan China, Charlwin Mao dan Miranda Qu, yang berpusat di Shanghai. Aplikasi ini membolehkan pengguna berkongsi video pendek dan hantaran berbentuk teks yang menarik perbincangan panjang seperti Reddit.
Seperti TikTok, algoritma RedNote direka khas untuk memastikan pengguna terus menikmati kandungan yang relevan.
RedNote kini mencuri tumpuan di Amerika dan mungkin akan menjadi pesaing baru yang mampu mengukuhkan pengaruhnya di pasaran global. Adakah ia akan menjadi fenomena baharu? Sama-sama kita nantikan. – JURNAL