Kecoh di platform TikTok apabila ibu tunggal yang pernah dibantu Ebit Lew, dikenali sebagai ‘Mondy Tatto’ kembali kepada kehidupan asalnya.
Perkara tersebut mula menjadi bualan apabila Mondy memuat naik video-video terbarunya tidak memakai tudung.
Malah, pada salah sebuah video tersebut, Mondy seolah-olah sedang meluahkan isi hatinya apabila berkata, dia hanya ingin meneruskan hidup sesuai dengan takdir.
“Sekarang aku hanya ingin menjalankan hidup sesuai dengan takdir ku sahaja. Aku tidak ingin berharap lebih kepada dunia, kerana aku sudah berkali-kali dijatuhkan dan dipatahkan oleh ekspetasiku sendiri,” katanya.
Terdahulu, Mondy pernah diselamatkan Ebit Lew ketika sedang tidur dijalanan.
Ebit kemudiannya membawa Mondy pulang ke Malaysia dan menjalankan bisnes sambal.
Bagaimanapun pada waktu itu, tindakan Ebit mengundang reaksi berbeza netizen. Ada yang mendakwa pertolongan tersebut hanya sekadar content.
Namun ramai juga yang memuji tindakan Ebit ‘menyelamatkan’ ibu tunggal tersebut daripada terus hanyut dengan kehidupannya. – JURNAL