Anak sulung kepada wanita yang maut dipukul dengan tukul besi oleh suaminya, Mohamad Daniel Mohd Radzi, 18, tidak percaya ibunya meninggal dunia.
Daniel menambah, lagi membuatkannya terkejut sebaik mengetahui yang ibunya maut dibunuh ayah tiri.
BACA: Tamatkan Riwayat Isteri Dengan Tukul Besi, Lelaki Direman Tujuh Hari Bantu Siasatan
“Ketika itu, saya tidur. Selepas nenek beritahu ibu sudah meninggal (dunia), saya rasa macam tak percaya, lebih mengejutkan apabila kematian ibu sebab kena bunuh dengan ayah (tiri),” katanya.
Menurutnya, dia seolah tidak percaya kerana mendakwa sepanjang tinggal bersama bapa tiri, sikap lelaki itu dikatakan baik dengan ibu, namun tidak dinafikan sesekali ada berlaku pergaduhan.
“Tetapi tidak lama (bergaduh) dan hubungan mereka kembali baik. Kali ini, saya tidak tahu apa sebenarnya berlaku sehingga ayah tergamak memukul ibu hingga mati kerana saya tidak ada di situ (rumah) ketika kejadian,” katanya.
Katanya, difahamkan ketika kejadian, adik lelakinya, Mohammad Danish, 15, dan yang bongsu berusia tujuh tahun berada di sekolah, tiga lagi adik-adiknya dikatakan berada di rumah sepupu.
Ceritanya, Rubiah merajuk dengannya selepas dia meluahkan hasrat mahu ke Melaka untuk membantu ibu saudara dan neneknya berniaga nasi dagang di bazar Ramadan.
“Mak merajuk tak bagi saya pergi Melaka. Mak memang tidak pernah berpisah dengan anak-anaknya. Walaupun sudah berkahwin lain, kami enam beradik semua tinggal dengan mak,” katanya.
Katanya, dia bertolak ke Melaka, tiga hari sebelum Ramadan, dan berjanji dengan arwah ibunya akan pulang seminggu sebelum Aidilfitri. – JURNAL
Sumber: Harian Metro