Anak ‘Iron Lady’ Allahyarhamah Dato’ Wira Dr. Maznah Hamid, Shafiq Shaheen meneruskan legasi ibunya untuk membantu orang ramai terutamanya wanita menjana pendapatan.
Menurut Shafiq Shaheen, ibunya bukan sekadar membantu dari segi kewangan tetapi lebih kepada memberi semangat dan motivasi agar golongan wanita dapat bangkit untuk menjadi usahawan berjaya.
“Seingat saya, ibu menghantar mereka ke kelas-kelas motivasi untuk menaikkan semangat. Bagi ibu, cara ini mampu membantu mereka meningkatkan diri dan perniagaan.
“Saya juga percaya kalau kita bagi duit sahaja, duit akan habis. Tetapi jika kita ajar mereka cara untuk menambahkan pendapatan tanpa bergantung pada orang lain, cara itu lebih baik,” tutur Shafiq Shaheen.
Dalam pada itu, kata Shafiq Shaheen kenangan yang tidak boleh dilupakan ketika bulan Ramadan adalah, ibunya sering membawanya turun padang melihat sendiri kehidupan golongan susah untuk mendidiknya bersyukur dan sentiasa merendah diri.
“Saya masih ingat sejak berusia 15 tahun, ibu sering membawa kami adik-beradik ketika memberi zakat kepada golongan yang susah.
“Momen itu meninggalkan kesan buat saya dan sehingga ke hari ini saya didik anak-anak dengan cara yang sama,” ujar Shafiq Shaheen.
Sementara itu, bagi meneruskan legasi ibunya, Shafiq Shaheen mempunyai cara tersendiri untuk membantu orang ramai dengan cara menghasilkan sebuah produk minuman kopi mampu milik dan berkhasiat di bawah jenama Madani Coffee , berperisa caramel macchiato.
“Madani Coffee hanya berharga RM49 sepeket dan agak berbeza kerana terdapat bahan-bahan berkhasiat untuk penggemar kopi antaranya, habatus sauda, garam himalaya, gula tanpa kalori (sukralosa) ,probiotik , fiber sitrus dan biji kopi premium 100% arabika.
“Jadi, sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan boleh menjadi ejen atau stokis kami dengan modal yang sangat rendah,” katanya.
Bercakap lebih lanjut tentang perancangan perniagaannya, Shafiq Shaheen yang bekerjasama dengan isterinya, Syida Melvin menyasarkan jualan sehingga 100,000 paket Madani Coffee pada tahun pertama.
Info lanjut, boleh hubungi 011 1149 7845 dan layari TikTok dan Instagram Madanicoffee_hq atau ke page Facebook Madani Coffee HQ. – JURNAL