Ahli Parlimen pembangkang hari ini, mengenakan baju Melayu putih ketika menghadiri pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, berkata mereka semua sepakat untuk mengenakan pakaian itu bagi menyokong dan bersolidariti bersama rakyat Palestin.
“Ini demi kebebasan Palestin,” katanya.
Hari ini, pemimpin politik kerajaan dan pembangkang duduk sepentas bagi menyatakan sokongan dan solidariti terhadap Palestin pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Masjid Negara.
Himpunan bermula jam 2 petang itu dihadiri lebih 5,000 individu termasuk Ahli Parlimen dari kerajaan, pembangkang, pemimpin politik pelbagai parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan.
Media melaporkan, Semenanjung Gaza, yang dihuni kira-kira 2.3 juta orang, dikepung oleh Israel yang menyerang sasaran Hamas di kawasan itu dan membunuh lebih 1,500 rakyat Palestin dalam serangan balas sejak pencerobohan bermula Sabtu lalu. – JURNAL
Sumber: BH ONLINE