SOROTAN MENARIK RABU 1/2/2023
#01: Rata-rata pelayar berpendapat Hishamuddin terlepas pandang pada isi surat yang menyatakan tindakan penggantungan dikenakan.
BACA: Hishamuddin Sahkan Terima Surat Penggantungan Keahlian UMNO, Dakwa Tiada Sebab Dinyatakan
#02: Kuala Lumpur diisytihar sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974 dan ditadbir urus oleh DBKL yang diwujudkan pada 1972.
BACA: Hari Ini 1 Februari, Kuala Lumpur Diisytihar Bandar Raya & Datuk Bandar Pertama Dilantik
#03: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat kepada 164 penerima bersempena Hari Wilayah Persekutuan 2023.
BACA: Mat Sabu Dianugerahkan Datuk Seri, Dahului Senarai Penerima
#04: Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada petang Rabu meluangkan masa menyantuni bekas wartawan hiburan tersohor Utusan Malaysia, Rosli Manah, 55, di kediaman beliau, di Kajang, Selangor.
BACA: PM Ke-9 Luang Masa Dengan Bekas Wartawan Diuji Kesempitan Hidup & Masalah Kesihatan
#05: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki mengesahkan SPRM telah membekukan beberapa akaun bank milik parti Bersatu.
BACA: SPRM Bekukan Akaun Parti Bersatu, Dipercayai Berkaitan Siasatan Penyelewengan RM600 Bilion