Sebelum ini tular di media sosial seekor kucing berbulu jingga dinamakan Oyen, gemar bersama kawanan tikus gergasi Capybara di Zoo Negara.
Baru-baru ini pihak Zoo Negara secara rasminya telah memasang papan tanda nama ‘Oyen’ di kepungan Capybara.
@jurnal.malaysia Min bangga dengan oyen🥹 lepas ni baru semangat nak pergi Zoo Negara😍 #jurnal #jurnalmalaysia #news #current #1st #no1 #video #celebrity #personality #leader #star #idol #icon #local #global #video #viral #trending #fyp #iktiraf #zoonegara #oyen ♬ original sound – Jurnal Malaysia
Dengan itu, secara rasminya ‘Oyen’ kini menjadi sebahagian daripada kawanan herbivor itu sekali gus menjadi tarikan bagi pengunjung.
Terdahulu, video ketika papan tanda ‘Oyen’ sedang disiapkan sebelum dipasang di kepungan Capybara dimuat naik semula Jurnal di laman sosial TikTok dan telah ditonton sebanyak 1.6 juta kali, sehingga artikel ini ditulis.
Di ruangan komen, rata-rata pengguna laman sosial tersebut menyambut baik usaha murni Zoo Negara itu.
Mereka turut menyifatkan langkah berkenaan sebagai satu perkembangan positif bagi menunjukkan bagaimana dua spesies haiwan boleh berkawan baik.
Malah ramai pula yang menyatakan hasrat untuk mengunjungi Zoo Negara untuk melihat sendiri persahabatan Oyen dan Capybara.
Difahamkan, kucing dan tikus gergasi itu telah menjadi rakan sekandang sejak dua atau tiga tahun lalu.
‘Persahabatan’ luar biasa itu membawa tuah dan membantu kebangkitan semula Zoo Negara, yang mengalami masalah kekurangan pendapatan susulan pandemik COVID-19.
@jurnal.malaysia Semoga terus setia dengan Capybara tau oyen!😂 risau dia pergi kandang lain pulak🤣 #jurnal #jurnalmalaysia #news #current #1st #no1 #video #celebrity #personality #leader #star #idol #icon #local #global #video #viral #trending #fyp #iktiraf #zoonegara #oyen ♬ original sound – Jurnal Malaysia
Menurut kakitangan zoo, mereka tidak pasti bila Oyen masuk ke kepungan capybara, namun mengakui mula melihat kelibat si comel itu ketika zoo ditutup semasa perintah kawalan pergerakan akibat COVID-19.
Pihak zoo kebiasaannya tidak menggalakkan haiwan berinteraksi dengan haiwan liar kerana ia boleh membahayakan mereka.
Setakat ini, kedua-dua spesies sihat serta tidak menunjukkan sebarang tanda dalam tekanan, dan keadaan mereka juga dipantau bagi memastikan mereka sihat. – JURNAL