Ramai yang membantah persembahan Jocelyn Chia dan Chrissie Mayr Apology Tour Live House Kuala Lumpur yang bakal diadakan pada 28 Ogos ini di TREC.
Chrissie memberitahu tentang perancangan mereka untuk membuat persembahan di negara ini menerusi satu hantaran di Instagram.
Bagaimanapun, ramai yang tidak bersetuju walaupun tujuan mereka datang ke negara ini adalah untuk membuat permohonan maaf.
“Konon datang Malaysia sebab nak buat permohonan maaf, padahal nak kutip duit!”
“Ambil kesempatan nak buat duit, padahal boleh je buat video permohonan maaf, mangkuk!”
“Kami tak perlukan permohonan maaf kamu. Maaf kamu adalah murah. Kami ada maruah dan kami sangat bangga jadi rakyat Malaysia.
“Tolong sekat. Jangan bagi masuk Malaysia. Sudah mengata Malaysia, ada hati nak datang Malaysia. Dasar terencat tak tahu malu,” itu antara komen netizen terhadap berita itu.
Bagaimanapun ada wargamaya memberitahu hantaran tersebut dimuat naik hanya untuk menyindir kerana lokasi yang dinyatakan dalam poster sudah lama ditutup.
“Guys, dorang ni menganjing. Tempat tu dah lama tutup. Korang jangan percaya binatang bodoh ni!,” komennya.
Baru-baru ini, Jocelyn mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia selepas menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan jenakanya satu persembahan di Amerika Syarikat.
Kemudian, Chrissie pula mengeruhkan keadaan apabila menyokong Jocelyn dan menghina netizen Malaysia di media sosial. – JURNAL