Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan seboleh-bolehnya mahu menyegerakan mekanisme subsidi bersasar termasuk bagi diesel dan RON95.
Bagaimanpun menurut beliau, penetapan mekanisme berkenaan tidak mudah dan agak kompleks.
Sehubungan katanya, beberapa kertas kerja dan cadangan sedang dipertimbangkan bagi bagi memastikan ia dapat dilaksanakan secara lebih efektif dan segera.
“Kami sedang berusaha ke arah itu, sebenarnya ada satu pasukan sedang mengusahakannya sekarang ini, dan terdapat beberapa cadangan tetapi kami tidak beberapa yakin dari segi keberkesanan pelaksanaannya.
“Seperti bekalan elektrik kita tahu rumah itu, kilang, tetapi untuk diesel dan petrol, ia suatu yang berbeza,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi Temu Mesra di Pusat Penjaja Madani di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, hari ini.
Anwar berkata pelaksanaan subsidi bersasar adalah bagi memastikan hanya golongan yang selayaknya, dapat menikmati kemudahan tersebut.
Sebelum ini Perdana Menteri berkata adalah tidak munasabah untuk kerajaan meneruskan subsidi seperti kos mengerjakan haji dan elektrik, kepada golongan T20.
“Ia memandangkan sekurang-kurangnya 40 peratus daripada subsidi yang disalurkan kerajaan kepada orang miskin sebelum ini, turut dinikmati oleh golongan terbabit,” kata Anwar. – JURNAL