Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar menjawab persoalan orang ramai apabila tular video dirinya menghadiri majlis resepsi pasangan pelakon, Janna Nick dan Dini Schatzmann di sebuah resort terkemuka di Langkawi, pada Sabtu lalu.
Menurut Wadi Annuar menerusi siaran langsung di TikTok, dia diundang untuk menghadiri majlis perkahwinan dan bacaan doa.
Jelasnya, ketika tiba di majlis tersebut, dia tidak melihat pengantin lelaki mahupun perempuan lagi sebelum diminta pihak penganjur untuk duduk di suatu tempat.
“Selepas lebih kurang 10 minit, pengerusi majlis buat pembukaan sedikit dan mengumumkan untuk saya baca doa. Ketika itu, pengantin tiada lagi.
“Kemudian, selesai membaca doa, pengerusi majlis umum perarakan masuk pengantin dari hujung sana. Saya pun tengok dan terus beritahu pembantu saya, lepas ini kita kena terus balik.
“Jadi saya ambil keputusan tidak makan, tidak bergambar, tidak bersama dengan tentatif sehingga ke akhir majlis. Saya buat keputusan untuk terus balik,” katanya.
Terdahulu, ramai pengguna media sosial mempersoalkan kehadiran agamawan tersebut ke majlis resepsi pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann.
Apatah lagi Wadi Annuar yang duduk di barisan hadapan tetamu dalam majlis itu juga kelihatan janggal apabila perlu melihat pakaian pengantin serta tetamu yang hadir dalam keadaan seksi dan tidak menutup aurat.
@jurnal.malaysia Demikian ulasan Ustaz Wadi berkenaan hadir ke majlis Janna Nick… #jurnal #jurnalmalaysia #news #current #1st #no1 #video #celebrity #personality #leader #star #idol #icon #local #global #video #viral #trending #fyp #wadiannuar #jannanick ♬ original sound – Jurnal Malaysia
Ekoran itu, ramai yang meminta Wadi Annuar untuk memberi penjelasan kehadirannya ke majlis tersebut bagi mengelak fitnah.
Menerusi siaran langsung tersebut Wadi Annuar turut mendakwa dia tidak tahu apa yang akan berlaku kerana dijemput hanya untuk makan kenduri dan bacaan doa.
“Apabila melihat keadaan sebegitu, saya terus ajak pembantu saya beransur selepas pengantin beredar dan memang kami balik pun. Boleh tanya penganjur.
“Itu yang diajar oleh agama Islam, iaitu tidak memalukan orang, tidak menimbulkan persepsi yang negatif, tidak menjatuhkan tuduhan dan fitnah pada orang.
“Hukum tetap hukum tetapi pada masa yang sama kita tidak mahu keruhkan keadaan.
“Alhamdulillah semuanya tenang, pengantin pun ok tidak rasa apa-apa, saya pun menghadiri kenduri kahwin wajib. Apabila saya sampai, baru saya tahu keadaan disitu dan kemudiannya beredar,” ujarnya. – JURNAL