Bersempena kempen ulang tahun studio mereka ke 100 – Celebrating Every Story, Warner Bros. Discovery Global Consumer Product menjalin kerjasama istimewa bersama Pavilion Bukit Jalil.
Jalinan usahasama Mid-Year Fiesta (My Fiesta) Pavilion Bukit Jalil tersebut menjanjikan pelbagai tarikan istimewa dan ekslusif buat para pengunjung.
Majlis pelancarannya telah diadakan pada 25 Mei lalu dan turut hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Pengarah Regal Path Sdn Bhd, Datuk Lee Whay Hoong; Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd, Dato’ Joyce Yap; Ketua Bahagian Perkongsian UOB Malaysia, Mr Fabian Poh dan Pengarah Bersekutu, Pelesenan Studio Pasific, Mr. Keith Ng mewakili Warner Bros. Studio.
Untuk menarik minat para pengunjung, My Fiesta disertakan dengan dekorasi menarik, aktiviti hiburan, pameran serta jualan dan penebusan barangan eksklusif sehingga 25 Jun ini.
Selain itu, para pengunjung juga dijemput untuk menyertai pertandingan cosplay pada 10 Jun dan berpeluang untuk memenangi wang tunai, baucar beli belah dan cenderamata eksklusif WB100 dan bermacam-macam lagi.
Tarikan lain ialah, menara air ikonik Warner Bros. Studio di tengah Centre Court, aras 2, yang memaparkan peredaran masa, momen serta adegan filem penting sepanjang penubuhannya untuk satu abad yang lalu.
Jangan lupa abadikan kenangan di pelbagai hiasan bertema seperti Platform 9¾ dari siri Harry Porter, Tom & Jerry Animation Studio, Mystery Machine terkenal dari siri Scooby Doo dan Pameran The Flash ldan aktiviti interaktif mengelilingi arca ikonik tersebut.
Keriangan diteruskan dengan pelbagai pameran menarik menanti para penggunjung sepanjang cuti sekolah di aras 5 (Zon Merah Jambu).
Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Pavilion dan dapatkan hadiah ekslusif dan terhad sempena ulang tahun ke-100, Warner Bros.
Dan nikmatilah pelbagai aktiviti menarik di Pavilion Bukit Jalil bersama kesayangan. – JURNAL