Havoc Street Food Festival bakal tampil dengan kelainan pada tahun ini apabila membawa program Islamik Havoc Street Food Fest 2023 dalam siri jelajahnya.
Siri pertama pada tahun ini bakal bermula di Dataran Serambi Teruntum Kuantan mulai jam 10 pagi hingga 12 tengah malam pada 1 hingga 5 Jun ini.
Manakala lokasi-lokasi selanjutnya untuk tahun ini, HAVOC akan mengunjungi Kuantan , Kedah, Terengganu, Melaka , Johor dan kembali ke Shah Alam.
Lebih membanggakan lagi ADE AZHAR TRADING selaku pembekal ilmiah islamik sudi menjadi penaja utama bagi program ini.
ADE AZHAR TRADING SDN BHD (AATSB) merupakan sebuah syarikat yang mengedarkan bahan ilmiah premium dan eksklusif khususnya di sekolah dalam Malaysia di mana produk-produk yang diedarkan hanya boleh diperolehi melalui wakil AATSB sahaja.
AATSB juga mengedarkan produk-produk dari syarikat lain seperti buku Formula Kuasai Tajwid, Ihya Ulumuddin, Ubi Sake, Sambal Goreng Crunchy dan Quran Edisi Raudhah.
Antara program yang akan dilaksanakan di bawah program tersebut adalah Program Imu ‘Allah Tak Pernah Benci Kita’ yang akan berlangsung pada 2 Jun 2023, pukul 9 malam.
Acara ini adakan dikendalikan oleh Syahdu Syahdan selaku moderator dan dilengkap dengan PU Amin dan Da’I Izhar selaku panel.
Manakala untuk malam kedua iaitu 3 Jun 2023, pukul 9 malam di lokasi yang sama akan diadakan Malam Berselawat & Qasidah Perdana dengan penampilan khas Habib Nael Bentaher, Habib Mahdi Alhamid, Syeikh Mahmoud Wasobi dan kumpulam Inteam.
Hadirin dijemput hadir, masuk adalah percuma dan tempau duduk disediakan. Namun dinasihati untuk membawa tikar sendiri.
Menariknya, Cabutan Xtravaganza akan diadakan dan pemenang bertuah akan memenangi Hadiah Utama berbentuk sebuah kereta Perodua Bezza dan motosikal Yamaha RX-Z selain hadiah-hadiah yang lain.
Pada tahun 2020, Havoc Event & Mangement Sdn Bhd (HAVOC) atau lebih popular sebagai Havoc Food Festival mula dikenali selepas mempromosikan program Cuti-Cuti Malaysia iaitu “Year Visit Malaysia” bersama Tourism Malaysia.
Jenama HAVOC lebih dikenali sebagai sebuah festival makanan yang telah menjelajah diseluruh semenanjung Malaysia bermula di Shah Alam Selangor, Kuantan Pahang, Johor Bahru, MITC Melaka dan Bukit Jalil Kuala Lumpur.
Bermulanya dari awal HAVOC 1.0, pihak pengurusan tertinggi syarikat terus mengorak langkah bergerak maju kehadapan dengan meletakkan jenama HAVOC ini sebagai jenama rasmi muka hadapan bagi memastikan ia terus kekal berdaya saing serta mendapat tempat dihati pengunjung dan penggemar makanan dan minuman di seluruh Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd. Faizul Mohd Yusof berkata visi mereka adalah untuk menjadi karnival pilihan usahawan dan artis dalam sektor makanan dan minuman.
“Kami mahu membantu menaikkan ekonomi serta dapat menyediakan aktiviti kekeluargaan dalam masa yang sama dapat sedikit-sebanyak menaikkan sektor pelancongan di Malaysia.
“Alhamdulillah, pada 2 hingga 5 Mac 2023 lalu, Havoc 9.0 telah berlangsung di Dataran Karnival Stadium Shah Alam dan telah memecahkan rekod karnival sebelum ini.
“Kami menerima kunjungan dari 150,000 pengunjung yang hadir. Malah pada Havoc 9.0 kita sudah memulakan program Islamik dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan,” tambah Faizul.
HAVOC merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan pengurusan acara seperti festival makanan, automotif, fesyen & kecantikan. – JURNAL