Seorang wanita dikenali sebagai Bavitra atau Bavi, terkilan dan mendakwa sebuah kedai kopi popular seakan mempersenda ejaan namanya.
Dia yang tidak berpuas hati dengan perkara tersebut ingin mengambil tindakan perundangan ke atas sebuah rangkaian kedai kopi tersebut.
Bavitra menerusi hantaran di Facebook Bavitra memuat naik sebuah gambar memaparkan secawan kopi dengan tulisan ‘babi’ di bahagian hadapan.
Kesalahan itu difahamkan terjadi disebabkan nama singkatannya iaitu Bavi tidak ditulis dengan sempurna, sebaliknya ditulis dengan nama haiwan.
Bagaimanapun, Bavitra berkata, kesalahan itu tidak patut terjadi kerana suaminya telah memberikan ejaan yang betul.
“Saya akan saman syarikat ini. Takkan pekerja Melayu kamu tidak tahu yang tiada nama manusia bermula dengan babi,” katanya.
Sehubungan itu, pelbagai reaksi diberikan pengguna termasuk ada yang menggalakkan wanita itu untuk mengambil tindakan. – JURNAL