Video menyaksikan seorang pengasuh wanita yang bertindak kasar ke atas bayi tular di media sosial sejak semalam, sekali gus mengundang kemarahan warganet.
Masakan tidak, pengasuh di Tadika Myzara yang terletak di Mutiara Rini, Skudai, Johor itu turut berkelakuan pelik dan disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.
BACA: Polis Kesan Ibu Bapa Budak Mangsa Dera Ditinggal Di Tepi Gerai Burger
Melalui dua video yang dikongsikan seorang pengguna Facebook Syed Mirul Alhadadd memaparkan, wanita berkenaan berulang kali meniup hidung bayi berkenaan, sekali gus menyebabkannya terkejut dan menangis.
BACA: Ibu Budak Lelaki Maut Didera Dua Kakak Kandung Terduduk Ratapi Jenazah Mangsa
Pada masa sama, menerusi video berdurasi kurang seminit itu juga, dapat dilihat pengasuh terbabit bertindak di luar kewarasan apabila menekap dan menghempas mangsa ke tilam.
Lebih menggeramkan, si pelaku langsung tidak mempedulikan kesengsaraan ditanggung bayi tersebut waima tangisannya semakin kuat.
BACA: Tular Bayi Perempuan Diabaikan Di Taska, KPWKM Serah Kepada Polis Untuk Siasatan
Menurut individu yang berkongsi video tersebut, rakaman berkenaan diambil oleh rakan sekerja suspek di taska berkenaan, namun tiada laporan yang dibuat kepada pihak berkuasa kerana enggan merisikokan keselamatan dirinya.
Setakat petang semalam, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. – JURNAL