Pada hari ini dalam tahun 1992, Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) 1981 akan dipinda untuk mengukuhkan lagi kuasa perbadanan itu bagi memastikan industri filem tempatan berkembang, terpelihara dan terkawal.
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat di Kompleks Studio Merdeka, Ulu Klang.
FINAS telah dipertanggungjawabkan untuk mengkaji dan melaksanakan perubahan terhadap definisi filem dan istilah pengeluaran, pengedaran dan pempameran.
Menurut Datuk Rahmat, satu garis panduan mengenai rancangan termasuk drama dan hiburan yang disiarkan menerusi RTM akan dikemaskini sejajar dengan perkembangan semasa.
Dengan pindaan terhadap Akta ini, aktiviti industri perfileman dapat dipantau bagi memastikan filem yang dihasilkan memberi kesan positif kepada pemikiran dan kesejahteraan rakyat negara ini. – JURNAL
Sumber: Arkib Negara