Ahli perniagaan dan pempengaruh sosial media terkenal, View Chin meluahkan hasratnya untuk memeluk agama Islam, sekali gus mengahwini pekerjanya, Amirah Aqilah atau Mira.
Bercakap tentang Mira, lelaki itu menyifatkan gadis tersebut bukan sekadar pekerja, bahkan sangat memahami dirinya secara peribadi, termasuk kecenderungannya terhadap dunia bisnes.
BACA: Bongkar Hubungan Sulit Pempengaruh Terkenal Dengan Gadis Melayu, Isteri Akui Dipukul
Chin mendakwa, dia kini sedang mendekatkan diri dan mendalami agama Islam dan berniat untuk memperisterikan Mira, namun masih menunggu masa yang sesuai.
BACA: “Shermine Yang Curang, Bukan Saya… Kami Dah Cerai!” – Bekas Isteri Aniaya View Chin?
“Buat masa ini saya ingin uruskan masalah saya dengan Ah Moi. Nanti apabila sudah selesai dan kembali seperti sediakala, baru saya akan kahwini Mira,” ujarnya.
Tambahnya, dia sedar kelakuannya selama ini bersama Mira adalah salah dan mereka cuba memperbetulkan kembali semua perkara tersebut.
BACA: Mira Mohon Maaf Kepada Ah Moi, Mengaku Cinta Mula Berputik Selepas View Chin Bercerai
Menurut pengasas View Fashion itu, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadikan Mira sebagai isterinya sementelah mendapat tahu mengenai kecurangan Ah Moi bersama lelaki lain.
“Sebab itu saya pilih Mira. Bukan sebab paras rupa atau wang, tetapi paling penting dia boleh menerima anak-anak saya.
BACA: View Chin Mohon Maaf, Dakwa Perniagaan Merudum, Seller Desak Pulangkan Duit Segera
“Dia antara staf dan teman paling rapat, sangat baik, prihatin dan sentiasa memahami perasaan saya. Saya selesa meluahkan segala-galanya kepada Mira,” akui Chin. – JURNAL
Sumber: KOSMO!