Berikut penafian berita tular di media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).
Menteri KKD Fahmi Fadzil menafikan terbabit dalam skim pelaburan patuh syariah termasuk mempromosikannya seperti poster yang tular di media sosial.
Fahmi menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mempromosikan mana-mana skim pelaburan di samping telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk tindakan lanjut.
“Orang ramai dinasihatkan agar melaporkan iklan palsu dan pelaburan yang berunsurkan penipuan dalam talian menerusi portal aduan di pautan https: //aduan.skmm.gov.my/Complaint/AddComplaint?NOSP=1,” menurut kenyataan itu. – JURNAL
Sumber: BERNAMA