Pemain bola sepak sensasi dari Perancis, Kylian Mbappe yang baru sahaja dijulang selepas mempamerkan aksi cemerlang di pusingan akhir Piala Dunia Qatar 2022 yang lalu telah digosipkan bercinta dengan model transgender.
Mbappe, 24, menjadi topik hangat netizen di media sosial selepas foto-fotonya yang mempamerkan aksi mesra bersama rakan pemain bola sepak seperti Achraf Hakimi dan Olivier Giroud tular.
Aksi mesra yang dipamerkan Mbappe itu telah menimbulkan spekulasi bahawa dia sebenarnya adalah seorang homoseksual.
Malah di Perancis sendiri, gosip cinta antara Mbappe dan model transgender bernama Ines Rau mula bertebaran selepas kedua-dua mereka dirakam bermesraan di atas kapal layar.
Ines Rau merupakan model transgender pertama yang muncul sebagai penghias muka depan majalah Playboy. Kejelitaan Ines juga berjaya menarik perhatian syarikat kosmetik terkenal iaitu L’Oréal Paris untuk menjadikannya sebagai model mereka.
Sewaktu awal kejohanan Piala Dunia Qatar 2022 bermula, Mbappe dikatakan enggan ditemubual sewaktu sesi sidang media selepas perlawanan membabitkan Perancis. Ini kerana dia dikatakan cuba mengelak untuk menjawab soalan tentang LGBT yang menjadi topik hangat di Piala Dunia Qatar selepas beberapa pasukan dilihat cuba melakukan protes antaranya Jerman dan England.
Sebelum digosipkan bercinta dengan Ines Rau, Mbappe dikatakan telah bercinta selama beberapa tahun dengan Ratu Cantik Perancis bernama Alicia Aylies. Kelibat Alicia sering kelihatan hadir di stadium untuk memberi sekongan kepada Mbappe yang bermain untuk kelab PSG.
Nama Mbappe menjadi bualan peminat bola sepak di seluruh dunia apabila dia berjaya menjaringkan empat gol sewaktu menentang pasukan Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2022 yang berlangsung pada Ahad lalu dan turut menerima Anugerah Kasut Emas pada malam itu. – JURNAL