Polis sudah mengenal pasti pemilik motosikal berkuasa tinggi yang terlibat dalam aksi berbahaya di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) di sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, penelitian polis terhadap video aksi itu mengesan salah satu nombor pendaftaran motosikal yang menyertai kumpulan tersebut.
@jurnal.malaysia Elakkan lah buat perkara yang boleh bahayakan orang lain🙂 #jurnal #jurnalmalaysia #artismalaysia #artist #top #celebrity #star #icon #idol #no1 #influencer #viral #trending #fyp #siasat #tangkap #motosikal #mysikap #superbike ♬ original sound – Jurnal Malaysia
“Polis kemudian membuat semakan lanjut dengan aplikasi MySikap dan berjaya berjaya mengesan pemilik motosikal berkenaan dan kita menunggu individu tersebut hadir ke balai polis bagi tindakan lanjut,” katanya.
Kosmo! semalam melaporkan polis sedang mengesan dua kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang melakukan aksi berbahaya di lebuh raya tersebut menerusi dua rakaman video yang diterima kelmarin.
Tambah Ramli, pihaknya turut masih mengesan satu lagi kumpulan motosikal yang terlibat melakukan aksi berbahaya itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – JURNAL
Sumber: KOSMO! ONLINE