Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimang seorang cucu perempuan, pada Rabu.
Khabar gembira itu dikongsikan Anwar menerusi hantaran di media sosial peribadinya, Instagram dan Facebook.
Menerusi hantaran tersebut Anwar dilihat memangku cucunya yang juga anak kepada Nurul Ilham dan Luqman Watanabe.
“Alhamdulillah, hadiah Ramadan. Nurul Isra Mitsuki, anakanda (Nurul) Ilham dan Luqman Watanabe. Cucunda saya dan (isteri Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) yang ke-12. Bertambah meriah raya kali ini,” katanya.
Nurul Ilham, anak keempat daripada enam adik beradik berkahwin dengan Mitsuru Luqman Watanabe pada Disember 2018. – JURNAL