Bekas pemenang Kasut Emas, Khalid Jamlus meluahkan rasa syukur selepas terselamat dalam kemalangan pada Jumaat lalu.
Difahamkan kemalangan berlaku ketika Khalid sedang dalam perjalanannya ke Pulau Langkawi, menaiki sebuah bas.
Bekas bekas penyerang skuad bola sepak kebangsaan itu turut berkongsi video detik cemas tersebut di laman sosial Facebook.
Menerusi video berdurasi 1 minit empat saat itu, ketika kejadian Khalid sedang membuat sesi live bersama beberapa kenalannya.
Dalam video itu turut kelihatan keadaan bas yang remuk teruk di bahagian depan selain tingkap hadapan pecah akibat kemalangan.
@mrcoolforever25 7 April 2023,kenangan yang tak mungkin dilupakan… Alhamdulillah Allah menyayangi kami semua..#sahabat #ramdhan2023 #perjalananhidup #mencarirezeki #tiktokmalaysia #fyp #bolasepakmalaysia🇲🇾 ♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN
Bagaimanapun, bekas penyerang prolifik Harimau Malaya itu dilaporkan selamat selepas kemalangan itu.
“Pada 7 April 2023, kenangan yang tak mungkin dilupakan…Alhamdulillah Allah menyayangi kami semua,” tulisnya di Facebook.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat Khalid bersyukur kerana pemain itu tidak cedera sambil menitipkan doa supaya segala urusannya dipermudahkan Tuhan. – JURNAL