Pengasas jenama baju Melayu Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi mendedahkan jenama terbabit pernah ‘ditolak’ oleh Beto kerana kekangan bajet empat tahun lalu.
Kini impian mereka untuk bekerjasama dengan pelakon hebat itu menjadi kenyataan, ramai yang terinspirasi dengan kisah yang dikongsikan oleh Azzim.
“Perjalanan nak ambik abang Beto jadi model Bulan Bintang ni bukan cerita yang singkat, bukan cerita yang baru berlaku.
“Saje nak share dengan korang, 2019 dulu (4 tahun lepas) aku dah pernah pasang impian untuk apa yang korang semua tengok harini.
Masa tu, duit tak banyak pun.
“Tapi impian ada, muka tak malu pun ada. Aku approach team Beto dan bagitahu mas kahwin yang aku mampu. Aku mintak harga yang sangat rendah, tak masuk akal untuk seorang Beto. Hahaha. Aku memang tahu pun yang aku akan kena reject. Aku respect “expected rejection” yang diberikan dengan hati yang terbuka.
“Tahun demi tahun, impian aku tak pernah berganjak. Aku tahu satu hari nanti Beto akan join our family. Aku tahu, aku kena grind harder untuk make sure impian tu tercapai.
“Hari ini, impian aku tercapai. Doa aku makbul. Betul, rezeki tu ada tak cepat tak lambat. Rezeki tu akan datang at the right time. Doa aku 4 tahun dulu mungkin Allah tangguh ke satu masa yang lebih tepat,” katanya dalam sebuah hantaran di Instagram.
Yang terbaharu, Azzim terharu apabila video
ala filem Mat Kilau The Movie menampilkan Beto, menjadi tular dan mendapat pujian wargamaya.
Dengan kerja kamera serta suntingan yang mendapat pujian ramai, video terbabit dihasilkan sempena pelancaran koleksi baju Melayu Bulan Bintang Teluk Belanga.
Rata-rata netizen memberikan respons positif terhadap video kempen terbabit serta memuji kualiti setaraf filem sebenar.
Warganet juga sempat berseloroh dan membandingkan kerja kamera video kempen tersebut dengan filem Mat Kilau yang didakwa bergegar.
Malah, ada juga netizen yang memuji cara pemasaran jenama tersebut yang disifatkan sebagai bijak serta berkualiti.
Ada juga wargamaya yang mencadangkan agar jenama ini terlibat dalam bidang penerbitan drama dan filem secara serius.
Sebelum ini, jenama sama juga pernah mengadakan pertunjukan fesyen Bulan Bintang Takes The Sky yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records di Menara Kuala Lumpur pada 18 Februari lalu.
Mereka juga menganjurkan konsert Malam Bulan Bintang yang menampilkan ramai nama besar dalam dan luar negara di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 4 Mac lalu. – JURNAL