Bugatti Centodieci merupakan kereta yang jarang ditemui dan hanya ada 10 pemilik di dunia, termasuk Cristiano Ronaldo.
Kereta berjenama mewah buatan Perancis itu bernilai £8.8 bersamaan dengan RM48.15 juta.
Penyerang Al-Nassr itu mungkin berjaya mendapatkan kereta tersebut, namun tidak dapat menggunakan sepenuhnya 1,600 kuasa kuda kereta berkenaan yang boleh dipandu dengan kelajuan maksimum 386 kilometer sejam kerana dikerumuni peminatnya.
Rakaman video menunjukkan pemenang lima kali Ballon d’Or itu yang memakai seluar dan baju berwarna putih selain jaket gelap memasuki kereta sambil dilindungi pengawal peribadi.
Peminat terdesak untuk cuba bergambar dengan ikon bola sepak itu dan ramai yang berteriak namanya.
Ronaldo kemudian menghidupkan enjin dan perlahan-lahan menggerakkan jentera 8 liter dengan enjin W16 itu.
Ini adalah kali pertama Ronaldo dilihat di khalayak ramai memandu kereta yang dibelinya tahun lalu.
Centodiece – bahasa Itali untuk 110 – dibina sebagai sebahagian ulang tahun ke-110 Bugatti.
Ronaldo, yang juga pelanggan setia jenama itu, berjaya membeli kereta bernombor 7 dalam senarai hanya 10 unit dikeluarkan itu – menyamai nombor jersi yang popular dalam kariernya – dan kereta mewah itu memiliki nombor pendaftaran Portugal. – JURNAL