Impian bintang Argentina, Lionel Messi untuk menjulang trofi Piala Dunia dalam perlawanan terakhirnya menjadi kenyataan apabila skuad kendalian Lionel Scaloni itu ditabalkan sebagai juara setelah menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti.
Lionel Messi juga menerima anugerah bola emas sebagai pemain terbaik sepanjang kejohanan itu berlangsung.
Kemenangan ini mengakhiri kemarau Piala Dunia selama 36 tahun bagi Argentina selepas kali terakhir menjulangnya pada tahun 1986.
Ia juga menamatkan penantian Messi yang sudah pun berusaha untuk memenangi piala ini sejak mencubanya pada 2006.
Terdahulu permainan diteruskan ke pusingan penentuan melalui sepakan penalti selepas kedudukan kedua-dua pasukan seri 3-3 kekal sehingga tamat 120 minit perlawanan.
Penentuan sepakan penalti menyaksikan Messi dan Mbappe mudah menyempurnakan penalti mereka.
Bagaimanapun, malang bagi Perancis apabila Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni gagal menyempurnakan sepakan, sebelum kemenangan Argentina dimuktamadkan oleh sepakan penalti Gonzalo Montiel.
Memasuki penentuan sepakan penalti, tuah semakin cerah berpihak kepada Argentina apabila Kingsley Coman dan Aurélien Tchouaméni gagal menyumbat gol ke dalam gawang.
Kesempatan itu akhirnya dimanfaatkan Goncalo Montiel untuk memastikan Argetina menang dengan keputusan 4-2 sekaligus membawa pulang kembali Piala Dunia ke Buenos Aires selepas kali terakhir ia berjaya dilakukan ketika edisi 1986 di Mexico. – JURNAL