Sepatutnya hari ini menjadi momen bahagia buat jejaka dari Sarawak sementelah bakal menamatkan status dudanya.
Namun dia akur dan terpaksa menerima hakikat bergelar duda buat kali kedua meskipun belum sempat duduk bersanding di pelamin.
Lelaki yang dikenali sebagai Khairul Nidzam itu menerusi laman TikTok miliknya pasrah menerima takdir setelah pasangan yang sepatutnya menjadi suri hati tidak munculkan diri.
“Pelamin semua dah siap, tetapi sayang pengantin perempuan lari.
“Tak mengapa, kenduri diteruskan dengan majlis doa selmat walaupun tetamu menunggu pengantin tak muncul-muncul. Dua dua kali,” tulisnya.
Dia memuat naik khabar sedih itu berserta kapsyen ‘Pelamin Anganku Musnah’ dengan beberapa keping gambar termasuk pelamin yang sudah siap dipasang.
Perkongsian lelaki berkenaan mendapat pelbagai reaksi termasuk ada yang meminta dia melupakan peristiwa yang terjadi dan menerima takdir Tuhan.
Lebih menarik, ada wanita yang menawarkan diri sebagai pengganti kepada pengantin perempuan yang melarikan diri.
“Abaikan dia, mari pinang saya, lama dah menjanda ni,” kata seseorang dikenali dengan nama Lina.
Nidzam bagaimanapun tidak memperincikan masa kejadian sebenar, namun kelihatan tenang dan menerima ketentuan-Nya. – JURNAL