Jenama kosmetik tempatan, Elegant Cosmetics baru-baru ini menyatakan hasrat untuk meluaskan pemasaran produk mereka menembusi pasaran Asia.
Seiring matlamat tersebut, syarikat pengeluar produk penjagaan dan rawatan kulit itu sudah pun melepasi sempadan beberapa negara jiran seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.
Di samping itu, bagi mengutuhkan ‘jentera’ bahagian pemasaran, Elegant Cosmetics mengumumkan kerjasama bersama aktres jelita iaitu Hannah Delisha yang dilantik menjadi duta rasmi.
Menurut Hannah, apabila perlu memilih sesuatu produk untuk kulit wajahnya, dia automatik berubah karakter menjadi seorang yang sangat teliti.
“Namun setelah diberi peluang mencuba produk Elegant Cosmetics selama dua bulan, akhirnya saya yakin dan berani mengakui bahawa ia selamat diguna.
“Ini kerana, kulit saya agak sensitif. Ada waktunya ia akan kelihatan kilat sebab terlalu berminyak.
“Akan tetapi, kadang-kadang kulit saya tiba-tiba boleh nampak kusam kerana kekeringan,” dedahnya.
Disebabkan permasalahan tersebut, Hannah akui berdepan kesukaran untuk menemui produk terbaik yang sesuai dengan kondisi kulitnya.
Tambahnya, bahan-bahan mineral asli dan semula jadi yang terkandung di dalam produk terbabit mungkin antara faktor membuatkan kulitnya mula menunjukkan kesan positif.
Sementara itu, Pengasas Bersama, Fitri Khai menjelaskan bahawa pemilihan Hannah bukan sahaja kerana namanya yang sedang berkembang mekar, tetapi juga personalitinya yang senada dengan jenama tersebut.
Dalam majlis yang sama, Elegant Cosmetics turut melancarkan produk terbaharu mereka iaitu Elegant Age Defiance Oilet Serum atau EADOS sempena menyambut ulang tahun ketiga kewujudannya, .
Terdahulu, majlis pada 17 Mac lalu itu turut disempurnakan pengasasnya iaitu Datuk Al-Amin yang sebelum ini pernah menaja drama lakonan Hannah bertajuk Andai Itu Takdirnya siaran Astro Ria. – JURNAL