Pempengaruh yang juga selebriti masakan popular Khairulaming trending di Twitter selepas tampil dengan menu air minuman untuk berbuka puasa.
Video berdurasi dua minit 42 saat yang dimuat naik pada Khamis menunjukkan cara penyediaan empat jenis air iaitu, teh bunga longan, jus oren soda, bandung laici dan coconut shake gula melaka.
Menurut Khairulaming, menu minuman yang ditampilkan kali ini ringkas dan mudah untuk disediakan.
Antara minuman yang mudah disediakan ialah air bandung laici yang hanya menggunakan tiga bahan utama.
Video berkenaan yang dikongsi di kesemua platform media sosial Khairulaming telah ditonton hampir 2 juta kali dengan ribuan komen daripada pengguna.
Rata-rata mahukan Khairulaming terus berkongsi resipi ringkas sepanjang Ramadan ini, seperti tahun-tahun sebelum ini.
Kata mereka, Khairulaming telah banyak memberi idea untuk menyediakan juadah berbuka dan bersahur. – JURNAL