Hasrat untuk melihat perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Seluruh England tidak kesampaian apabila perjalanannya disekat pemain China, Shi Yuqi di peringkat separuh akhir yang berlangsung di Utilitia Arena Birmingham sebentar tadi.
Turun sebagai wakil tunggal negara yang tinggal di kejohanan ini menyaksikan Zii Jia memimpin perlawanan di set pertama dengan baik, namun Yuqi seakan mendapat rentak di hujung set apabila bangkit untuk mengejar sebelum mengecewakan jaguh negara itu dengan keputusan 19-21.
Aksi di set kedua pula kekal seimbang sehinggalah Yuqi mula menjarakkan pungutan mata dan akhirnya menoktahkan perlawanan dengan kemenangan 13-21.
Kekalahan ini juga turut menyekar hasrat Zii Jia untuk membalas kekecewaan ditumbangkan Yuqi ketika perebutana gelaran juara di Terbuka Denmark Oktober lalu.
Selepas ini Zii Jia akan meneruskan siri jelajah Eropahnya di dengan menyertai Terbuka Switzerland yang akan bermula 21 hingga 26 Mac depan.
Sementara itu, Yuqi terpaksa menanti keputusan membabitkan satu lagi perlawanan separuh akhir sebentar nanti antara rakan senegara, Li Shi Feng yang akan berentap Anders Antonsen dari Denmark bagi mengetahui lawannya di final esok. – JURNAL
Sumber: UTUSAN